Filed under Hadith

Muslim yang baik

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a., katanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “Orang Islam bagaimanakah yang paling baik?” Jawab baginda Rasulullah s.a.w, “Ialah orang yang menjaga orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya.

Saat Abu Talib hampir meninggal.

Saat Abu Talib hampir meninggal.

Dari Sa’id bin Musayyab r.a., dari bapanya, katanya: Ketika Abu Talib hampir meninggal, Rasulullah s.a.w datang mengunjunginya. Didapati baginda, di sana telahpun ada Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayyah bin Mughirah. Sabda Rasulullah s.a.w, “Wahai bapa saudaraku! Ucapkanlah Lailahaillallah. Iaitu sebuah kalimah di mana aku akan menjadi saksi bagimu nanti dihadapan Allah.” Abu Jahal … Continue reading

Dah bersedia untuk solat?

Setelah mandi, bersuci, berwuduk dan menghayati alunan seruan azan berkumandang tentulah kita akan bersiap sedia untuk menunaikan solat Fardhu. Seruan azan adalah sunat dilaungkan sama ada menunaikan solat bersendirian atau secara berjemaah. ~azan ~doa selepas azan Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan … Continue reading

Lelaki berambut kusut.

Dari Thalhah bin Ubaidillah r.a., katanya: “Seorang lelaki penduduk Nejed datang kepada Rasulullah s.a.w. dengan rambut kusut. Kami mendengar suaranya tetapi tidak jelas bagi kami apakah yang diperkatakannya. Akhirnya dia mendekati Rasulullah s.a.w., dia bertanyakan perihal Islam. Jawab Rasulullah s.a.w., “Solat 5 kali sehari semalam.” Tanya orang itu, “Adakah kewajipan kami selain daripada itu?” Jawab … Continue reading

Seorang lelaki berpakaian sangat putih dan berambut sangat hitam.

Dari Yahya bin Ya’mar r.a., katanya: “Orang yang mula-mula bicara di Bashrah menentang adanya ‘Qadar’, ialah Ma’bad al-Juhani. Maka pada suatu ketika, aku dan Humaid bin ‘Abdurrahman Al Hamairi, sama-sama pergi haji atau umrah. Kami berdua sepakat, jikalau bertemu dengan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w., kami akan bertanya kepada mereka tentang masalah ‘Qadar’ itu. Justeru … Continue reading

…sesungguhnya tidak akan masuk syurga melainkan orang yang bersih.

Bersuci itu sebahagian daripada iman. ~sabda Rasulullah s.a.w Sebagai seorang muslim kita tidak akan terlepas dari ‘bersuci’. Sekurang-kurangnya kita bersuci 5 kali sehari atau 3 kali bagi yang musafir iaitu dengan berwudhuk. Walaubagaimana pun tahukah anda apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan bersuci? Dari segi bahasa : menyucikan dan membersihkan diri dari segala kekotoran sama ada … Continue reading

Mandilah bersesuaian dengan keperluan seharian kita

Cara untuk sihat adalah dengan memakan daging yang halal, memakai haruman yang dibenarkan, kerap mandi dan memakai pakaian daripada kapas. Badan manusia akan lemah jika selalu cemas, minum air ketika sedang makan dan makan terlalu banyak makanan masam. ~Imam Syafie Sedar tak sedar sebenarnya, mandi juga adalah salah satu cara untuk kita menjaga kesihatan diri … Continue reading

Azan : suatu laungan yang agung

Azan, suatu seruan yang tidak lagi kita ambil berat dek kerana terlalu kerap didengari. Walaubagaimana pun sebab tersebut tidak bolehlah kita jadikan alasan untuk membiarkan sahaja azan berkumandang tanpa menghayati kandungan yang tersirat disebalik laungan azan dan bacaan doanya. Keajaiban azan dapat dilihat melalui video dibawah ini. Azan tidak akan berhenti dilaungkan oleh muazin-muazin di … Continue reading

Sempurna ke solat kita? Jom check… ~part 2

8. duduk di antara 2 sujud Kedua-dua tapak tangan mestilah berada di atas paha dan hujung jari berada dihujung peha dekat kepala lutut ketika duduk di antara 2 sujud dan dilakukan dengan duduk di atas telapak kaki kiri dan telapak kaki kanan didirikan. Sabda Rasulullah s.a.w, “Jika engkau bersujud, maka lakukannya dengan menekan dan memantapkannya. … Continue reading

Sempurna ke solat kita? Jom check… ~part 1

Tiada amalan yang lebih baik selain dari solat oleh yang demikian kita kena berusaha supaya solat kita diterima Allah s.w.t. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. ~Az-Zaariyat : 56 Seperti yang kita semua ketahui, solat fardhu adalah solat yang apabila kita kerjakan kita mendapat pahala dan … Continue reading